Kunci untuk berjaya adalah kebolehan mengurus kedua-duanya tanpa membebankan kehidupan. Sebagai usahawan perlu ada kebolehan untuk menguruskan waktu kejatuhan dan kebolehan untuk menguruskan zaman kita menjulang naik kerana hakikatnya kedua-duanya tidak kekal!. Kita tidak akan kekal susah dan kita juga tidak akan kekal senang.
Ketika berada difasa 'downward' kita perlu bertenang dan terus melabur bagi mencetak prospek untuk perkembangan akan datang dan sewaktu kita berada di'upward cycle' kita perlu mengawal kegelojohan dan ego agar tidak membuat kesilapan serta membina 'reserve' bagi menampung pusingan berikutnya.
Sebenarnya ramai yang tahu menangani kesusahan tetapi sebenarnya ramai usahawan tidak tahu mengurus kejayaannya! Ramai usahawan jatuh setelah mereka terlebih dahulu berjaya! Aneh bukan?
Salah satu faktor yang menyebabkan ramai usahawan gagal tanpa disedari adalah satu penyakit yang dinamakan oleh T. Harv Eker sebagai Financial Blue Print for Disaster (FBP4D)! Ada banyak faktor lain yang boleh dibincangkan kemudian tetapi penyakit ini dihidapi kebanyakan kita tanpa menyedarinya!.
FBP4D adalah sikap didalam minda bawah sedar tentang wang. Setengahnya merasa kekurangan dan perlu berbelanja besar untuk menunjukkan mereka sudah ada kelebihan! Mereka ingin 'merasa' macam mana menjadi 'kaya' yang akhirnya membawa mereka menghabiskan wang tanpa ada simpanan. Sesetengah yang lain secara bawah sedar membenci 'wang' dan akhirnya 'membuang' wang tanpa sedar.
Seorang usahawan yang ingin berjaya haruslah mempunyai kebolehan untuk mengenal dirinya seterusnya mengenal pasti samada beliau mempunyai penyakit FBP4D ini.
Kunci semuanya terletak di Minda...
No comments:
Post a Comment